Salahuddin Ayub dilantik pengerusi PH Johor

Salahuddin Ayub dilantik pengerusi PH Johor

Ahli Parlimen Pulai itu akan dibantu tiga timbalan pengerusi, iaitu Ketua Amanah negeri, Aminolhuda Hassan, Ketua PKR negeri, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua DAP negeri, Liew Chin Tong.

Pelantikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub sebagai Pengerusi PH Johor dibuat dalam mesyuarat PH baru-baru ini.
JOHOR BAHRU:
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu.

Ahli Parlimen Pulai itu, yang juga ADUN Simpang Jeram, akan dibantu oleh tiga timbalan pengerusi, iaitu Ketua Amanah negeri, Aminolhuda Hassan, Ketua PKR negeri, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua DAP negeri, Liew Chin Tong.

Jawatan setiausaha pula dipegang Faizul Salleh (Amanah), manakala bendahari oleh S Gopalakrishnan (PKR) dan ketua penerangan disandang Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP).

“PH Johor mengadakan mesyuarat baru-baru ini bagi memperkemas struktur kepimpinan PH negeri, khususnya selepas PKR menyempurnakan kongres tahunan pemilihan parti.

“Hasil keputusan mesyuarat, PH Johor memutuskan Ahli Parlimen Pulai merangkap ADUN Simpang Jeram, Salahuddin Ayub sebagai pengerusi PH Johor, ” menurut kenyataan bersama PH Johor hari ini.

PH Johor turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti untuk berdepan segala kemungkinan berkaitan pilihan raya umum ke-15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.