Banjir di Batu Pahat semakin pulih, jumlah mangsa terus berkurang

Banjir di Batu Pahat semakin pulih, jumlah mangsa terus berkurang

13 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, yang dibuka sejak Rabu lepas.

Banjir berlaku di Batu Pahat disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.
BATU PAHAT:
Jumlah mangsa banjir di daerah ini berkurang kepada 50 orang malam tadi, berbanding 131 orang yang direkodkan pagi semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 malam, 13 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, yang dibuka sejak Rabu lepas.

Semua mangsa melibatkan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Banjir berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.