
MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak. Sementara itu, di Perak, daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut terjejas.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sementara di Johor, ia melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.
“Sarawak pula membabitkan dua kawasan iaitu Miri (Subis dan Miri),” menurut agensi itu.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.