Pelajar Malaysia ditahan di Mesir

Pelajar Malaysia ditahan di Mesir

Kementerian Luar Negeri akan terus memantau kes itu menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan.

Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut.
PETALING JAYA:
Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah mengesahkan penahanan seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar oleh pihak berkuasa Mesir.

Bagaimanapun, punca pelajar itu ditahan tidak dinyatakan.

Dalam kenyataan, Saifuddin berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung dengan pihak berkuasa negara berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.