Hentikan naratif kafir-mengkafir, kata Anwar

Hentikan naratif kafir-mengkafir, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata serangan sebegitu akan menimbulkan keadaan kacau-bilau yang tidak mungkin boleh dikawal.

Anwar Ibrahim berkata pemimpin Pakatan Harapan harus menjauhkan diri daripada mereka yang menggunakan naratif kafir-mengkafir.
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa parti politik menghentikan naratif “kafir” berikutan kenyataan semalam dibuat oleh Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad terhadap PAS.

“Pandangan kita jelas, hentikan naratif (kafir) yang merosakkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan agung tahunan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kajang.

“Tumpu pada (isu) dasar…itu akan mungkin menimbulkan keadaan yang kacau-bilau yang tidak mungkin kita (boleh) kawal,” katanya yang turut menyifatkan sikap sebegitu sebagai “tidak sihat”.

Anwar turut mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak melayan mereka yang menggunakan naratif sedemikian, sebaliknya perlu membantah.

Semalam, Mahathir melabel PAS sebagai ‘parti kafir’ – mengikut tafsiran parti itu sendiri – kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang didakwa pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini ‘merelakan PAS dikafirkan’ untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.