
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.
“Reman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, polis menahan kedua-dua suspek kira-kira 6 petang kerana disyaki mendera dua beradik itu.
Suspek wanita merupakan adik kepada ibu mangsa yang menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu, selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada di rumah seorang diri, cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah kondominium tingkat empat.
Susulan itu, bomba menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah atas bantuan polis.