
“Apa pun perbezaan pandangan kita masih lagi sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan ini biasa dalam sebuah sistem negara demokrasi.
“Sempena Hari Malaysia ini marilah kita sama-sama menghayati Hari Malaysia dan terus bekerja kuat memelihara perpaduan, kesepaduan, keharmonian ekonomi dan kesejahteraan sosial bersama.” katanya dalam kenyataan.
Zahid berkata, sesungguhnya rakyat Malaysia masih lagi matang dan rasional.
“Kita perlu meraikan perbezaan antara satu sama lain bagi membina sebuah negara bangsa idaman Malaysia,” katanya.
Bulan lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.
Beberapa pihak termasuk pemimpin DAP membuat laporan polis terhadap Hadi yang disiasat polis baru-baru ini. Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS mendakwa kenyataan Hadi itu berdasarkan kajian di sebuah universiti tempatan.
Semalam, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa PAS menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana kalangan pemimpin gabungan berkenaan “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.
Beliau turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral”.