Lesen sedang diperbaharui, kata firma e-hailing susulan serbuan JPJ

Lesen sedang diperbaharui, kata firma e-hailing susulan serbuan JPJ

Syarikat itu, inDriver sedang berusaha memperbaharui lesen operasi mereka selepas pejabatnya diserbu JPJ.

Jabatan Pengangkutan Jalan menyerbu firma e-hailing, inDriver, serta merampas komputer termasuk bahan pengiklanannya.
PETALING JAYA:
Syarikat e-hailing, inDriver, berkata firma itu sedang memperbaharui lesen untuk terus menyediakan perkhidmatannya.

Syarikat itu diarah tutup oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam, susulan siasatan terhadap penyedia khidmat e-hailing tidak berlesen yang mendapati syarikat berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) untuk menyelesaikan (pembaharuan lesen) proses itu secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan.

“Bagaimanapun, proses berkenaan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana perlu melaksanakan pelarasan seperti diminta Apad bagi ciri tertentu aplikasi sebelum permohonan pembaharuan disemak dan diberi kelulusan.”

inDriver berkata, pihaknya akan terus berhubung dengan Apad dan pihak berkuasa lain demi menyelesaikan segala proses secepat mungkin.

JPJ menyerbu pejabat firma itu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 7 Sept, selepas menerima maklumat daripada Apad. Komputer milik firma dan bahan pengiklanan dirampas ketika serbuan dilakukan.

Jabatan itu berkata, firma terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 12A(1)(8) Akta Pengangkutan Jalan 2010, yang memperuntukan denda maksimum RM500,000, tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.