
Pemangku Ketua Polis Tanah Merah, Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia enam tahun sedang tidur sebelum suspek memasukkan jari ke dalam kemaluannya.
Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang wanita yang mendakwa anak saudara perempuannya dicabul.
Menurutnya, mangsa merupakan anak tunggal dan tinggal bersama nenek yang merupakan ibu kepada bapa mangsa selepas kedua-duanya bercerai.
“Berdasarkan keterangan, mangsa memberitahu pada Isnin semasa sedang tidur, suspek telah bertindak memasukkan jari ke dalam kemaluannya.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut. Suspek berusia 34 tahun telah ditahan pada Selasa, 11.45 malam,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, suspek telah direman sehingga 20 September bagi membantu siasatan.