
Musa berkata, setiap individu dalam Umno seolah-olah bersaing antara satu sama lain, namun beliau tetap berharap agar masalah sebegini akan dikurangkan pada masa akan datang demi kepentingan negara mahupun parti.
“Semua orang pun berminat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Umno. Satu-satu teguran yang sekadar ingin saya sampaikan, apa yang telah mereka lakukan kepada Umno?” katanya yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada awal 1980-an.
“Masing-masing menggunakan kedudukan mereka semata-mata demi mempromosikan diri sendiri. Sudah tentu mereka akan mengatakan minat mereka adalah dengan parti, namun kini kepentingan diri dah mendominasi atas segalanya,” tambahnya.
Susulan itu, beliau mengakui bahawa itu adalah proses demokrasi yang perlu dilalui Umno, sambil menyifatkannya sebagai fasa berbeza yang merupakan sebahagian daripada sebuah negara demokrasi.
“Sebagai contoh, di Malaysia, mula-mulanya kita akan mempunyai satu parti yang mendominasi kuasa di negara. Dengan selanjutnya, sesiapa sahaja pun boleh menubuhkan parti politik. Semakin tinggi nilai demokrasi yang diamalkan, semakin banyak kebebasan yang diberikan,” katanya.
Menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan wujudnya ‘sharing power’ dalam kalangan pelbagai parti selepas PRU15, beliau membayangkan ia boleh menjadi suatu kemungkinan dalam fasa perubahan demokrasi Malaysia.
“Anda boleh mengkritik setiap individu dari pihak lain, tetapi sekali lagi, mengapa tidak?” soalnya.