
Dalam ciapan di Twitter, Mahathir berkata, baginda pernah berangkat mengunjungi Malaysia sebanyak dua kali ketika beliau menjadi perdana menteri dengan mengatakan ia satu penghormatan menjadi tuan rumah ketika ratu itu berada di negara ini.
“Saya bersedih dengan kemangkatan ratu. Saya pernah berjumpa baginda dalam banyak majlis, terutama pada mesyuarat British Commonwealth.
“Kemangkatannya merupakan kehilangan bukan sahaja kepada rakyat British, malah kepada mereka yang percaya kepada keluhuran undang-undang,” kata pengerusi Pejuang itu.
Mahathir juga mengimbau ucapannya di Zimbabwe, yang disiarkan BBC pada sambutan jubli emas Ratu Elizabeth.
Dalam ucapannya, beliau merujuk apa yang diperkatakan dalam bahasa Inggeris, mungkin tidak membawa maksud sewajarnya.
” (Sebagai contoh) Pegawai yang mempengerusikan dipanggil ‘Mr Speaker’, tapi mungkin beliau tidak boleh bercakap. Kesultanan Melayu dipanggil pemerintah, tetapi mereka juga tidak boleh memerintah, penasihat British yang memerintah. Kemudian, ‘British Commonwealth’ di mana wealth (kekayaan) tidak dikongsi (common),” katanya.
“Ratu pun ketawa.”
Katanya, beliau tidak menyangka baginda mangkat secepat itu, memandangkan umur baginda setahun muda daripadanya.