Disyaki minta suapan RM22,000, pegawai badan berkanun Sabah diberkas

Disyaki minta suapan RM22,000, pegawai badan berkanun Sabah diberkas

Suspek berusia 33 tahun ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu tengah hari tadi.

Suspek berusia 33 tahun dipercayai meminta rasuah RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan syarikat itu diberikan kerja berkaitan pembersihan tanah.
KOTA KINABALU:
Seorang pegawai sebuah badan berkanun kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta rasuah berjumlah RM22,000.

Suspek berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Sumber berkata, suspek dipercayai meminta rasuah berjumlah RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja berkaitan pembersihan tanah.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.