Amaran cuaca buruk di 3 negeri

Amaran cuaca buruk di 3 negeri

Amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk negeri di Kedah, Selangor dan Johor.

Kedah, Selangor dan Johor antara tiga negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 12 tengah hari.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri sehingga 12 tengah hari.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Kedah, Selangor dan Johor.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Klang dan Kuala Langat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah melibatkan Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Johor pula membabitkan dua kawasan iaitu Pontian dan Johor Bahru),” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.