Maybank naik kadar asas mulai 12 Sept

Maybank naik kadar asas mulai 12 Sept

Bank Negara menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kelima hari ini.

Maybank berkata kadar asas standard dan BR akan dinaikkan daripada 2.25% setahun kepada 2.50% setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.90% setahun kepada 6.15% setahun.
KUALA LUMPUR:
Malayan Banking Bhd (Maybank) akan melaras naik kadar asas standard, kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 12 Sept 2022, berikutan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) hari ini.

Bank Negara Malaysia menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50% pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kelima hari ini, kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas yang ketiga berturut-turut tahun ini, menjadikan kenaikan tahun ini kepada 75 mata asas.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank berkata kadar asas standard dan BR akan dinaikkan daripada 2.25% setahun kepada 2.50% setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.90% setahun kepada 6.15% setahun.

“Begitu juga, kadar asas standard Islam dan kadar asas Islam akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.25% setahun kepada 2.50% setahun manakala kadar pembiayaan asas Islamic akan dinaikkan daripada 5.90% setahun kepada 6.15% setahun masing-masing,” katanya.

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 12 Sept 2022, tambahnya.

Maybank berkata, semakan terakhir dalam BR adalah pada 8 Julai 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.00% setahun kepada 2.25% setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.