‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS

‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek berkata, wujudnya rakan PAS yang sedang menyembunyikan pisau pada tangannya yang telah 'menikam' partinya berkali-kali.

Ahmad Shabery Cheek membayangkan Umno belum bersedia dengan usul diluluskan PAS pada muktamar baru-baru ini selepas memutuskan untuk bergerak solo pada PRU15. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno menyindir usul PAS yang diluluskan untuk terus bekerjasama dengan partinya melalui platform Muafakat Nasional dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahmad Shabery Cheek yang turut berterima kasih atas hasrat itu berkata, ketika ini terdapat rakan dalam PAS sedang menyembunyikan pisau pada tangannya.

“Terima kasih kerana masih menaruh harapan. Namun, di sisi mu ada teman yang ditangannya tersembunyi pisau telah menikam kami berkali-kali.

Ahmad Shabery Cheek

“Pisau itu masih berdarah. Sakit masih dirasakan,” katanya di Facebook.

PAS ketika mengadakan muktamar baru-baru ini sekali lagi menegaskan mereka mahu berunding dengan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU.

Parti itu berkata, kerjasama tersebut perlu direalisasikan bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU15 selepas menjangkakan gabungan berkenaan berpotensi besar mengulangi kejayaan mereka pada 2018.

Bagaimanapun, BN telah beberapa kali menegaskan mereka tidak berminat dan sudah membuat keputusan untuk bergerak secara solo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.