Kerajaan tubuh pusat SDG negara untuk perkasa program, pantau kemajuan

Kerajaan tubuh pusat SDG negara untuk perkasa program, pantau kemajuan

Penubuhan pusat bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis SDG Negara semalam, kata perdana menteri.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, agenda pembangunan mampan memerlukan penglibatan dan usaha gigih yang menyeluruh serta inklusif daripada semua pihak. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara akan ditubuhkan bagi memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG negara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, penubuhan Pusat SDG Negara bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis SDG Negara yang dipengerusikannya semalam.

“Agenda pembangunan mampan ini memerlukan penglibatan dan usaha gigih yang menyeluruh serta inklusif daripada semua pihak agar tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat-syarikat swasta dipertingkatkan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata mesyuarat juga bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan di peringkat bandaran dan daerah oleh Pihak Berkuasa Tempatan serta kerajaan-kerajaan negeri dengan sekurang-kurangnya satu laporan akan dihasilkan oleh setiap negeri

Katanya, setiap negeri digalakkan menyediakan laporan tersebut sebagai panduan dalam memantau kemajuan Malaysia ke arah pertumbuhan pembangunan negara bagi mengimbangi aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.