
Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.49 pagi dan mayat Loo Kok Chan, 79, ditemukan pasukan penyelamat selepas kebakaran berjaya dipadamkan sejam kemudian.
Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang tiba di lokasi mendapati kebakaran di rumah jenis kekal itu telah merebak ke rumah bersebelahan sekali gus mengakibatkan kedua-dua rumah musnah 80 peratus.
Menurut Yahaya, dua penghuni rumah bersebelahan tidak mengalami kecederaan manakala mayat Loo diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan pihak polis dan bomba,” katanya.