Kebas wang tunai, barang milik majikan, polis buru amah Indonesia

Kebas wang tunai, barang milik majikan, polis buru amah Indonesia

Suspek warga Indonesia melarikan tabung syiling, wang tunai RM10,000 dengan nilai keseluruhan lebih RM14,000.

Polis berkata suspek baru dua minggu bekerja disyaki telah melarikan diri dan usaha mengesan giat dijalankan.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah kerana disyaki melarikan wang tunai serta barangan berharga milik majikannya bernilai RM14,000 dalam kejadian di Meru, Klang, semalam.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, mangsa membuat laporan sebaik menyedari kehilangan barangan miliknya hilang, 10.03 malam.

“Antara yang dilaporkan hilang adalah dua tabung syiling serta wang tunai bernilai RM10,000, sebuah komputer riba dan tablet pintar dengan nilai keseluruhan lebih RM14,000,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurut Vijaya, suspek yang berasal dari Indonesia, baru dua minggu bekerja di rumah mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.