
“Kami telah mengagihkan borang petisyen untuk pengampunan Najib Razak kepada semua kampung dan cawangan dalam Parlimen Pekan. Kita mengharapkan 100,000 tandatangan berjaya yang diturunkan.
“Saya amat berharap agar semua memberi komitmen yang baik dalam petisyen ini, akan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong nanti.” katanya di Dataran Pekan, Pahang.
Pada 23 Ogos, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib.