Najib jalani pemeriksaan kesihatan, kata pembantu

Najib jalani pemeriksaan kesihatan, kata pembantu

Pembantu berkata difahamkan bekas perdana menteri itu mengalami sedikit kesakitan.

Najib Razak sedang dipenjara di Penjara Kajang, sejak 23 Ogos, di mana beliau menjalani hukuman 12 tahun penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman berhubung kes SRC International.
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani pemeriksaan kesihatan, kata seorang pembantunya.

“(Beliau) sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. Difahamkan beliau mengalami sedikit kesakitan,” kata pembantu itu kepada FMT.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan Najib dimasukkan ke hospital, namun tidak jelas sebab bekas perdana menteri itu terpaksa menerima rawatan.

Turut dilaporkan, keadaan Najib adalah “stabil” dan “sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan”.

Pada 2010, Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selama tiga hari selepas mengalami ulser dan gastrik ringan.

Najib dipenjara di Penjara Kajang, sejak 23 Ogos, di mana beliau menjalani hukuman penjara 12 tahun susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.

Mahkamah tertinggi itu juga mengekalkan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan berhubung salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah, berkait dana RM42 juta milik SRC.

FMT sudah menghubungi Jabatan Penjara bagi ulasan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.