Kami undang Umno ke muktamar, tegas PAS Kedah

Kami undang Umno ke muktamar, tegas PAS Kedah

Penolong Setiausaha PAS Kedah Zulkifli Yahaya berkata, beliau sendiri menyampaikan undangan kepada Exco Umno Kedah Suraya Yaakob.

PAS mengadakan muktamar tahunannya yang ke-68 di Alor Setar, Kedah tahun ini.
PETALING JAYA:
PAS menegaskan bahawa pihaknya telah mengundang Badan Perhubungan Umno Kedah ke muktamarnya di Alor Setar.

Dalam kenyataan ringkas, Penolong Setiausaha PAS Kedah Zulkifli Yahaya berkata, beliau sendiri menyampaikan undangan kepada Exco Kedah Suraya Yaakob.

“Saya serah sendiri dengan tangan kad (undangan) pada Dato’ Suraya Yaakob (satu-satunya Exco Umno) di pejabatnya pada Selasa 30 Ogos 2022.

“Dato’ cuma ghenyeh (tersenyum lebar), apa pun tak jawab,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Ketua Umno Kedah Jamil Khir Baharom bahawa tiada siapa pun dari pihaknya, termasuk dirinya sendiri, menerima undangan ke acara itu.

Jamil menjawab kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa pemimpin Umno, termasuk Presiden Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi dan ahli cawangan Kedah diundang ke muktamar tetapi mereka tidak hadir.

Dakwaan itu dibuat sehari selepas Umno seolah-olah menutup pintu untuk sebarang kerjasama lanjut dengan PAS bawah Muafakat Nasional yang ditubuhkan kedua-dua parti itu pada September 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.