
Mangsa yang berumur 36 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 11.12 pagi.
Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa, berkata kejadian berlaku sekitar 9.43 pagi antara sebuah basikal dan sebuah bas sekolah.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang menunggang basikal secara konvoi telah melanggar gumpalan tar yang berada tepi lorong kiri jalan.
“Rempuhan itu menyebabkan basikal mangsa terbabas dan jatuh di laluan lorong kanan jalan,” lapor Kosmo.
Katanya, pada masa yang sama sebuah bas yang dipandu di lorong kanan jalan telah cuba membrek dan mengelak, namun perlanggaran berlaku juga menyebabkan mangsa terperosok ke bawah perut bas.
Beliau berkata, mangsa telah dikejarkan dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.12 pagi di Unit Kecemasan,” katanya.