
“Kami telah mempunyai senarai calon dan kawasan hendak ditandingi. Ia sudah diserahkan kepada majlis tertinggi PN,” katanya.
Menurutnya, partinya ketika ini giat melakukan persediaan akhir berdepan pilihan raya umum.
Lau berkata, sekiranya berlaku pertembungan antara parti dalam komponen PN, maka perkara itu akan dibincangkan pucuk pimpinan gabungan berkenaan.
Katanya, sekiranya perbincangan di peringkat itu gagal, majlis presiden PN akan membuat keputusan akhir.
Dalam pada itu, Lau menggesa ahli Gerakan supaya menerima dan menyokong calon dipilih.
Tambahnya, sebagai parti yang tidak mewakili sebarang etnik, Gerakan akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia.
Gerakan merupakan komponen PN yang turut dianggotai Bersatu, PAS, serta dua parti tempatan dari Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).