Ahli perniagaan dipenjara 3 tahun atas kesalahan lalu lintas, dibebas dengan ikat jamin

Ahli perniagaan dipenjara 3 tahun atas kesalahan lalu lintas, dibebas dengan ikat jamin

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hadhariah Syed Ismail membenarkan Adrian Khoo, 28, diikat jamin RM8,000 hari ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Adrian Khoo untuk mendengar merit rayuannya berdasarkan persoalan undang-undang yang disemak.
PUTRAJAYA:
Seorang ahli perniagaan yang menjalani hukuman 36 bulan atas kesalahan lalu lintas yang dilakukannya 10 tahun lalu telah dibebaskan, sementara menunggu keputusan rayuannya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail membenarkan Adrian Khoo, 28, diikat jamin RM8,000 hari ini.

Hadhariah turut memerintahkan Kho, yang ditahan di Penjara Kajang sejak 8 Ogos, untuk melapor diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan hingga kesnya selesai.

Hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Nordin Hassan dan See Mee Chun.

Panel hakim turut membenarkan permohonan Khoo untuk mendengar merit rayuannya berdasarkan persoalan undang-undang yang disemak.

Persoalannya, menurut Seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, adalah sama ada penilaian maksimum pada penutupan kes pembelaan adalah standard pembuktian yang betul, berbanding dengan melampaui keraguan yang munasabah.

Pada awal prosiding, peguam Khoo, Guok Ngek Seong, berkata pihak pendakwaan telah bersetuju dengan soalan yang disemak untuk dihujahkan semasa rayuan.

Guok berkata, Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling tidak membantah jaminan yang diberikan terhadap Khoo.

Pada 8 Ogos, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Khoo menjalani hukuman 36 bulan selepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman.

Mahkamah Majistret sebelum itu telah menangguhkan tempoh pemenjaraannya sementara menunggu rayuan awalnya diputuskan di Mahkamah Tinggi.

Khoo telah membayar denda RM10,000.

Dia didakwa memandu secara melulu di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Bestari di sini kira-kira jam 7 pagi pada 29 Ogos 2012, mengakibatkan penunggang motosikal, Shafiq Mahfok, 22 maut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.