
Menurut dokumen dibocorkan itu, perdana menteri didakwa bersetuju untuk menyegerakan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah jenayah.
“Nak tahu surat itu sahih atau tak? Kenapa tak tanya Raja Petra?” kata setiausaha agung PN itu apabila ditanya pemberita mengenai kesahihan surat itu pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Salinan surat itu, yang tersebar pada Julai, mengandungi 10 perkara, namun perkara 7, 8, dan 9 telah disunting.
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam baru-baru ini mendedahkan maklumat yang didakwanya kandungan perkara-perkara yang disunting daripada surat itu, menerusi sebuah video di Facebook.
Dakwanya, dalam surat itu, Ismail bersetuju mengekalkan Idrus Harun sebagai peguam negara. Idrus dilantik sebagai peguam negara apabila Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan.
Menurut Lokman, Ismail juga didakwa berjanji akan mengekalkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dari Bersatu dan PAS.