Tambang percuma sebulan buat OKU guna pengangkutan Prasarana

Tambang percuma sebulan buat OKU guna pengangkutan Prasarana

Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM layak menikmati perjalanan percuma selama 31 hari bagi semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Wee Ka Siong (berbaju biru) ke stesen MRT Pasar Seni hari ini.
KUALA LUMPUR:
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong mengumumkan orang kelainan upaya (OKU) boleh menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan Prasarana selama sebulan bermula hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

“Melalui kempen ini, kerajaan berharap dapat membantu golongan OKU dalam memenuhi kelangsungan hidup, khususnya bagi mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika membuat pengumuman itu di stesen MRT Pasar Seni.

Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menikmati perjalanan percuma selama 31 hari bagi semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Berdasarkan statistik Prasarana, purata penggunaan bulanan bagi perkhidmatan bas dan rel dalam kalangan OKU masing-masing sebanyak 23,527 dan 26,762 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.