MNO, DNB muktamadkan perjanjian langganan saham dalam masa terdekat, menurut DNB

MNO, DNB muktamadkan perjanjian langganan saham dalam masa terdekat, menurut DNB

Perjanjian langganan saham (SSA) melibatkan enam MNO sepatutnya dimeterai 30 Ogos lalu namun diubah pada saat akhir.

DNB berkata liputan 5G kini telah mencapai kira-kira 30% di kawasan berpenduduk dan mencapai sasaran 80% menjelang 2024.
KUALA LUMPUR:
Pemeteraian perjanjian langganan saham (SSA) antara Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan pada masa terdekat, menurut DNB dalam kenyataan.

Walaupun SSA itu sudah dimuktamadkan dan sudah tersedia untuk dimeterai oleh enam MNO pada 30 Ogos lalu, MNO mengubah keputusannya pada saat akhir, katanya.

“Satu daripada dua MNO ini membuat keputusan untuk tidak mengambil pegangan ekuiti dalam DNB manakala satu lagi MNO tidak memberi kata putus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, semakan terhadap dokumen urus niaga (SSA dan perjanjian pemegang saham) perlu dibuat bagi empat MNO yang masih terlibat bagi mereka memperolehi kelulusan dalaman daripada syarikat masing-masing.

Proses penyertaan ekuiti tersebut akan diteruskan bersama dengan empat MNO yang masih berminat untuk memegang ekuiti dalam DNB.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai Perjanjian Akses 5G berjalan secara berasingan dengan kesemua enam MNO.

DNB komited untuk memastikan pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G diteruskan,” katanya.

Setakat ini, liputan 5G telah melebihi 30% liputan di kawasan berpenduduk dan DNB berada pada landasan yang betul bagi mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024.

Enam MNO adalah Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.

Menurut laporan media, Maxis dan U Mobile tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.