
Dalam kenyataan KTM memaklumkan, kejadian itu mengakibat tren komuter bagi laluan Sungai Gadut/Tampin-Batu Caves ditamatkan di Batang Benar dan kemudiannya berpatah balik.
“Bagi laluan Batu Caves-Sg Gadut/Tampin, ia ditamatkan di Bangi dan berpatah balik.
“Dimaklumkan tren juga mengalami kelewatan berikutan hanya satu landasan yang boleh digunakan oleh tren yang terlibat. Sebarang info akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya di Facebook.
Bagaimanapun, tren kembali beroperasi seperti biasa dan KTM meminta pengguna supaya menghubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.