Syarikat anak saudara dapat tender kantin, penolong pegawai pendidikan ditahan SPRM

Syarikat anak saudara dapat tender kantin, penolong pegawai pendidikan ditahan SPRM

Lelaki berusia 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan ketika hadir memberikan keterangan pagi tadi.

SPRM memaklumkan penolong pegawai pendidikan itu akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah dalam tempoh terdekat.
KOTA KINABALU:
Seorang penolong pegawai pendidikan daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menyalahgunakan kuasa untuk melantik syarikat anak saudaranya dalam tender kantin sebuah sekolah.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Sandakan ketika hadir memberikan keterangan kira-kira 11 pagi tadi.

Sumber berkata, suspek menggunakan kedudukannya sebagai penolong pegawai pendidikan daerah untuk mendapatkan tender kantin sekolah bernilai RM50,000 bagi tempoh tiga tahun kepada syarikat milik anak saudaranya sekitar Disember 2015 hingga November 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.