Jangkitan Covid-19 turun kepada 2,191 kes, 2 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 2,191 kes, 2 kematian

Seramai 3,796 pesakit dilaporkan sembuh.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,776,194 kes dan 36,198 kematian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 2,191 kes semalam berbanding 2,491 kes kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, sebanyak dua kematian dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,776,194 kes dan 36,198 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 32,901 kes aktif Covid-19, termasuk 73 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 48 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 31,527 pesakit atau 95.8% menjalani kuarantin di rumah, 19 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,282 orang atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,796 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,066 kluster, dengan 31 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.