
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno, berkata cadangan dikemukakan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail boleh dilihat sebagai antara strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, katanya, segala strategi yang akan dilaksanakan adalah bagi memastikan parti Melayu terbesar itu dapat kembali menerajui semula negara.
“Langkah kita mesti betul, mesti langkah yang tak sumbang, mesti langkah nak menang… kalau tahu langkah itu akan kalah mengapa kita melangkah ke situ?
“Itu makna cakap Datuk Seri Wan (Rosdy) tadi yang saya sambut dan saya akan lihat kerana perlu mengambil kira juga beberapa faktor yang lain yang perlu diperhalusi dengan begitu rapi dan lebih baik lagi,” katanya menurut Astro Awani.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan setiap gerak kerja di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mesti digerakkan sebagai jentera BN bukannya mewakili parti masing-masing.
Kata Mohamad lagi, secara keseluruhannya tahap kesediaan jentera BN Pahang bagi menghadapi PRU15 didapati sangat baik.
Pada 20 Ogos, Presiden MIC S A Vigneswaran, berkata peluang setiap calon daripada parti komponen BN untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
Memetik laporan Bernama, beliau berkata, peratusan kaum tidak boleh dipakai lagi kerana terlalu banyak isu dalam fahaman politik sama ada Melayu, Cina atau India.