Mesyuarat tumpu kukuhkan parti, tiada perbincangan tarikh PRU15, kata Bung

Mesyuarat tumpu kukuhkan parti, tiada perbincangan tarikh PRU15, kata Bung

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata mesyuarat turut membincangkan usaha bagi menstabilkan ekonomi dan negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Bung Moktar Radin berkata, mesyuarat hanya membincangan usaha perkukuh parti dan menstabilkan ekonomi negara. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MKT) malam tadi hanya membincangkan solidariti bagi memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin berkata, perkara lain yang turut dibincangkan adalah melibatkan usaha menstabilkan ekonomi dan negara.

“Benda tak penting kita tak bincang, kita bincang perkara untuk memperkukuh parti, parti kuat calon kita menang,” jawab Bung kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn WTC di sini malam tadi.

Beliau juga memaklumkan kepada media bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai tarikh pilihan raya dibuat pada mesyuarat tersebut.

“Kita tak bincang, itu hak perdana menteri,” katanya.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Itu turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden parti.

Mesyuarat berlangsung selama lebih dua jam itu bermula jaml 8.30 malam sehingga jam 11.00 malam.

Ismail sebelum itu dilaporkan tidak hadir pada Taklimat Presiden Umno petang tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.