Ismail tak hadir taklimat presiden Umno, kata pegawai

Ismail tak hadir taklimat presiden Umno, kata pegawai

Perkara itu dimaklumkan pegawainya sambil menjelaskan perdana menteri menghadiri majlis pelancaran program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan peringkat kebangsaan di Pahang.

Ismail Sabri Yaakob tidak hadir taklimat khas presiden Umno hari ini kerana menghadiri majlis pelancaran program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan peringkat kebangsaan di Pahang pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak menghadiri taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Perkara itu dimaklumkan pegawainya sambil menjelaskan Ismail menghadiri majlis pelancaran program inisiatif pendigitalan sektor peruncitan peringkat kebangsaan di Pahang pagi tadi.

“Perdana menteri tidak sempat datang ke WTC, sebab ada program rasmi di Dataran Kerayong Bera, Pahang.

“Tapi malam ini, mesyuarat MKT, PM akan hadir,” katanya kepada FMT ketika ditanya ketiadaan Ismail pada taklimat Zahid hari ini.

Taklimat Zahid hari ini dihadiri semua pimpinan utama Umno kecuali Ismail.

Terdahulu taklimat presiden Umno itu dimulakan dengan penjelasan kes melibatkan Najib Razak berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dalam kes SRC International oleh peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah.

Hadir sama isteri Najib, Rosmah Mansor serta dua anaknya Nooryana Najwa dan Mohd Nizar Mohd Najib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.