Peranan pegawai projek LCS kurang jelas, menurut laporan BHIC

Peranan pegawai projek LCS kurang jelas, menurut laporan BHIC

Menurut laporan BHIC, struktur organisasi yang belum diluluskan itu turut mengakibatkan pegawainya tidak pasti peranan ketua projek terbabit.

Juruaudit berkata mereka mendapatkan dokumen mengenai projek LCS daripada pengurusan Boustead Heavy Industries Corp.
PETALING JAYA:
Laporan Boustead Heavy Industries Corp (BHIC) mendedahkan, struktur organisasi projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dibiarkan tanpa kelulusan menyebabkan pegawainya tidak mengetahui kuasa dan tanggungjawab mereka.

Laporan berkenaan berkata, struktur yang belum diluluskan itu turut mengakibatkan pegawainya tidak pasti akan peranan ketua projek terbabit.

“Pelbagai jawatan kosong yang dimaksudkan bagi menyokong projek LCS juga tidak diisi.

“Kekurangan tenaga kerja (untuk projek LCS) juga menghalang operasi perniagaan dilakukan secara efektif serta mengekang ketuanya menjalankan program “seperti sepatutnya”.

“Ia (bajet) tidak boleh digunakan sebagai penanda aras rasmi untuk menentukan prestasi dan keuntungan projek,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan, tiada analisis varian yang betul dilakukan untuk kawalan kos atau bagi mengenal pasti varian negatif di mana, ia sebenarnya boleh membantu memastikan projek itu berada di landasan betul dan mencapai sasaran diingini.

“Tiada prosedur operasi standard (SOP) diselaraskan dan “had kuasa tidak ditentukan untuk tempoh yang lama”, mengakibatkan pemprosesan transaksi tidak konsisten, tidak lengkap dan tidak tepat.

“Walaupun ‘bendera merah’ telah diangkat oleh pelbagai pihak, termasuk kumpulan juruaudit dalaman, tiada langkah pembetulan diambil oleh pengurusan atau pengerusi lembaga bagi mengesahkan dakwaan itu.

Semalam, laporan audit forensik dalaman BHIC mengenai LCS kini telah dinyahklasifikasi dan boleh diakses oleh orang awam selaras dengan keputusan kabinet.

Laporan yang bertajuk “Review of the LCS Programme” itu boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

Menurut laporan itu, tiga syarikat didakwa digunakan untuk menyedut RM23.37 juta daripada projek LCS tentera laut yang bermasalah.

PAC berkata, RM6 bilion telah dibelanjakan untuk projek itu sejak 2014 tetapi tiada satu pun kapal telah disiapkan atau diserahkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.