Baharuddin dilantik pemangku pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Baharuddin dilantik pemangku pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Lantikan itu bagi menggantikan Zamri Yahya yang akan bersara wajib selepas 36 tahun berkhidmat dalam polis.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata Baharuddin Ahmad mampu memikul amanah diberikan dengan cemerlang berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang penugasan Cawangan Khas. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Baharuddin Ahmad dilantik sebagai pemangku pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa esok, menurut Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Menerusi kenyataan, Acryl berkata lantikan itu bagi menggantikan Zamri Yahya yang akan bersara wajib selepas 36 tahun berkhidmat dalam polis.

“PDRM yakin Baharuddin mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang penugasan Cawangan Khas,” katanya.

Acryl turut merakamkan penghargaan kepada Zamry sepanjang kepimpinan beliau yang cemerlang dan kesetiaan serta khidmat baktinya dalam pasukan polis.

Majlis serah tugas yang berlangsung itu antara lain turut menyaksikan penyerahan jawatan Pengerusi Perkep Cawangan Khas Sazilah Ahmad Sarji kepada pemangkunya Hasimah Yon Mohd Isa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.