
Katanya, PAS tidak akan berputus asa dalam berusaha mewujudkan kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan ummah.
Beliau yakin, sekiranya PAS dan Umno bertembung, ia hanya akan menyebabkan musuh politik mereka berkuasa, justeru meletakkan kedua-dua parti pada kedudukan merugikan.
“Kalau Umno duk keluar kenyataan, nak solo, nak solo. Kita tidak berputus asa menyeru mereka kaji balik dan meh duk bincang. Sebab kita hadapi musuh sama dan apa untungnya bertindak dengan tindakan itu, musuh kita boleh berkuasa.
“Dia (Umno) rugi, kita pun rugi. Kena duduk sekali supaya kita untung, musuh rugi,” katanya menurut Kosmo.
Hashim turut menyatakan keanehan terhadap sikap Umno yang seolah-olah mahu memaksa PAS bersama dengan parti itu untuk “membenci” Bersatu.
“Marilah berfikir, rujuk kepada isi piagam yang kita (MN) tandatangan bersama. Saya pelik apabila Umno marahkan atau berkelahi dengan Bersatu, dia suruh kita pun marah sama. Itu tidak kena,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasrat PAS hanya ingin menghimpunkan Melayu dan mereka yang berkongsi impian sama menerusi perpaduan ummah.
“Ini kalau dia (Umno) tidak suka, wajib orang lain pun tak suka. Saya rasa tak betul sebab tak nilai dari kaca mata Islam,” katanya.