5 negeri terima amaran cuaca buruk hingga tengah hari

5 negeri terima amaran cuaca buruk hingga tengah hari

Amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak.

Selangor antara lima negeri menerima amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lima negeri sehingga 1 tengah hari.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara Kedah membabitkan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Johor pula membabitkan tiga kawasan iaitu Kuching, Serian dan Samarahan,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.