Peja alu-alukan Anwar bertanding di Parlimen Tambun

Peja alu-alukan Anwar bertanding di Parlimen Tambun

Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau tidak akan berasa tergugat dengan siapapun lawannya pada PRU15 kerana ia proses yang perlu dilalui oleh ahli politik dalam mendukung amalan demokrasi.

Ahmad Faizal Azumu berkata, Anwar Ibrahim layak bertanding di mana-mana sahaja.
IPOH:
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan mana-mana pemimpin politik termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau tidak akan berasa tergugat dengan siapapun lawannya pada PRU15 kerana ia proses yang perlu dilalui oleh ahli politik dalam mendukung amalan demokrasi.

“Saya pendukung demokrasi, beliau layak bertanding di mana sahaja beliau pilih, saya alu-alukan dan saya harap pengundi akan kekal memilih saya untuk terus membantu mereka khususnya di Tambun.

“Ibarat kata selagi nyawa dikandung badan, saya tidak akan lari walau ribut taufan datang melanda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rukun Negara@Belia (RNB) di Aeon Klebang di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Anwar yang juga ketua pembangkang dilaporkan sedia mempertimbang cadangan bertanding di Tambun namun keputusan akhir berhubung perkara itu masih belum dimuktamad.

Faizal berkata fokus utama beliau ketika ini hanyalah untuk menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat daripada segenap lapisan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.