
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu, 12.27 tengah hari.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi bagi pemantauan dan sebaik tiba, pemandu lori sudah keluar dari kenderaan itu dengan sendirinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, kerja pengalihan lori dan besi jejambat yang menghalang laluan di kedua-dua arah telah diserahkan kepada pihak yang berkaitan dan tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.
Tinjauan Bernama mendapati laluan di kedua-dua arah sesak akibat besi jejambat yang menghalang laluan dan tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian itu.
Terdahulu, tular beberapa gambar dan video yang menunjukkan lori terjatuh dari atas jejambat secara melintang dan kenderaan yang melalui jalan berkenaan sempat memberhentikan kenderaan dan terselamat dari dihempap lori serta besi jambatan yang jatuh.
Warganet yang berada di lokasi ketika kejadian turut berkongsi video dan gambar mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial.