
Sebanyak tujuh kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding 15 kematian kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 4,069 kes penularan tempatan dan dua kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,749,000 kes dan 36,124 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 42,476 kes aktif Covid-19, termasuk 81 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.1% atau 40,826 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 27 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,542 orang atau 3.6% menerima rawatan di hospital.
Seramai 3,289 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,060 kluster, dengan 32 daripadanya masih aktif.