
Sebanyak sembilan kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding lapan kematian kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 3,423 kes penularan tempatan dan enam kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,741,413 kes dan 36,102 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 40,741 kes aktif Covid-19, termasuk 84 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 58 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 95.9% atau 39,062 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 32 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,563 orang atau 3.8% menerima rawatan di hospital.
Seramai 4,882 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Empat kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,058 kluster, dengan 31 daripadanya masih aktif.