
Belia juga bersedia berdepan tindakan undang-undang yang ingin diambil parti lamanya.
Katanya, sambil menegaskan tindakan keluar PSB tidak bermakna dirinya menentang parti itu, namun memilih laluan berbeza untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Jika mereka (PSB) mengambil tindakan undang-undang, saya bersedia menghadapinya,” lapor Berita Harian.
“Tindakan saya (keluar parti) tidak bermakna saya menentang PSB tetapi ia kerana sudah tiba masanya untuk saya menyumbang kepada rakyat dan negeri dengan cara yang berbeza”.
Chee How berkata, ketika ini beliau tidak berminat masuk ke mana-mana parti politik.
“Saya berpendirian, perjuangan bukan mengenai parti, ia mengenai cara yang berbeza bagaimana kita boleh menyumbang kepada rakyat dan bergerak ke hadapan,” katanya.
Peletakan jawatan Chee How dari PSB untuk menjadi ADUN Bebas diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mohamad Asfia Awang Nassar, pada Ahad.
Susulan itu, Presiden PSB Wong Soon Koh, dalam kenyataannya berkata, parti itu akan melihat semua langkah boleh diambil terhadap Chee How.
Menurutnya, ia berdasarkan komitmen diberikannya kepada PSB sebelum dipilih sebagai calon pada pilihan raya negeri lalu.
Ia termasuk akujanji untuk memberi pampasan kepada parti dan meletakkan jawatan sebagai Adun jika keluar daripada PSB selepas menang pilihan raya atas tiket parti itu.