3 warga Bangladesh bebas tuduhan pemerdagangan manusia

3 warga Bangladesh bebas tuduhan pemerdagangan manusia

Pesuruhjaya Kehakiman Norsharidah Awang membebaskan ketiga-tiga mereka tanpa dipanggil membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Norsharidah Awang berkata jelas warga asing itu telah memasuki negara ini secara sah.
SHAH ALAM:
Mahkamah Tinggi membebaskan tiga warga Bangladesh daripada tuduhan pemerdagangan manusia.

Pesuruhjaya Kehakiman Norsharidah Awang membebaskan Mono Miah Siddikur Rahman, Nazma Akter dan Md Mosaroff daripada 26 pertuduhan pemerdagangan manusia tanpa dipanggil membela diri.

Norsharidah berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka atas pertuduhan menyeludup migran ke Malaysia.

Beliau berkata, sebaliknya jelas bahawa warga asing itu memasuki negara ini secara sah.

Ketiga-tiga mereka dikatakan melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang antara Oktober 2014 dan Januari 2016.

Peguam Harpal Singh dan Nadia Syaza Rahizam mewakili warga Bangladesh berkenaan manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim dan Alisson Chan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.