
Jurucakap pusat gerakan operasi bomba, berkata pihaknya menerima panggilan pada 9 pagi dan menggerakkan pasukan bomba Limbang ke lokasi.
Sejurus tiba, Komander Operasi, Awangku Mohd Hazman Awang Zainal mengesahkan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan Proton Saga dan 4WD Toyota Hilux.
“Kedua-dua kenderaan tersebut dilaporkan berlanggar dan mengakibatkan kenderaan Proton Saga terbakar di lokasi, sementara kenderaan Hilux terbabas di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan.
Pasukan bomba terus membuat kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Selepas selesai pemadaman, anggota bomba mendapati seorang mangsa wanita rentung dalam kenderaan Proton Saga.
“Maklumat mangsa belum dapat dikenal pasti, manakala pemandu Hilux mengalami kecederaan dan telah dihantar orang awam ke hospital berdekatan,” katanya.