
Anaknya, Gan Tian Loo berkata, mendiang bapanya yang sebelum itu dirawat di sebuah hospital di sini, dibenarkan pulang tengah hari semalam dan ditempatkan di sebuah pusat penjagaan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada 1.30 pagi tadi.
“Mayat mendiang kini ditempatkan di pejabatnya di Jalan Jonker untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir, dan akan dikebumikan Jumaat ini di Bekok, Johor,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Di samping pernah merangkul gelaran Mr Universe, Mr Asia dan Mr Malaysia, mendiang Gan juga pernah dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Naib Pengerusi Persekutuan Bina Badan Asia dan Naib Pengerusi Asian Power Lifting Federation.
Dilahirkan pada 25 Ogos 1937, mendiang juga aktif dalam beberapa persatuan tinju dan tae kwan do terutama di peringkat negeri Melaka.
Bekas pengerusi MCA Melaka itu meninggalkan seorang isteri, Chong Kin Yock dan tujuh anak.