
Perbuatan mencabut nisan itu tular di dalam media sosial, sejak semalam, apabila terdapat waris mendakwa nisan di kubur ahli keluarga mereka telah dicabut selepas memeriksa sendiri keadaan di tanah perkuburan berkenaan.
Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili, berkata pada 1.21 tengah hari polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang memaklumkan batu nisan kubur bapa beliau telah dicabut dari kedudukan asal.
“Hasil siasatan pihak polis, jam lebih kurang 3.00 petang, seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki terlibat dalam kejadian ini telah ditahan,” lapor Bernama.
Beliau berkata, suspek yang didapati mempunyai rekod jenayah itu diberkas di tanah perkuburan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan berhubung tindakan suspek mencabut batu nisan di tanah perkuburan.