
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan “knockout” dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur, pada Jumaat.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira 1 pagi semalam, namun mangsa kemudian dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada 10.57 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Zaki berkata, mayat Kittichai dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada 8 malam, hari sama.
“Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubung kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu,” katanya.