Mayat lelaki tanpa identiti ditemui

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan agar tampil membuat aduan di balai polis.

Menurut pihak berkuasa, mayat lelaki berseluar pendek dan berbaju singlet putih ditemukan di timur laut Padang Kota Lama, petang semalam.
GEORGE TOWN:
Mayat seorang lelaki tanpa sebarang identiti ditemukan terapung di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Padang Kota Lama, di sini, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Abd Razak Mohamed berkata, mayat lelaki yang berseluar pendek dan berbaju singlet putih itu ditemukan pada jam 2.05 petang semalam.

“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri bersama lelaki itu dan mayatnya dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut dan beliau meminta individu yang kehilangan ahli keluarga atau rakan agar segera tampil membuat aduan di balai polis berdekatan.

Beliau berkata, pihaknya turut mengingatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.