
Ketua Pengarah JPPM, Nawardi Saad berkata, walaupun pindaan perlembagaan sudah diluluskan, Umno tetap perlu memaklumkan keputusannya kepada jabatan itu sebelum 29 Dis ini.
“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno perlu buat ketetapan sama ada nak lanjut atau tidak tempoh pemilihan sehingga enam bulan selepas PRU. Ketetapan tersebut perlu dimaklumkan kepada JPPM,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Pada 29 Julai lalu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, JPPM meluluskan permohonan parti itu untuk meminda perlembagaannya supaya pemilihan di semua peringkat diadakan tidak lebih enam bulan selepas PRU diadakan.
Tetapi, katanya, kelulusan itu diberikan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan perlembagaan Umno.
Umno sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun 2021.