
Bekas menteri kewangan itu berkata, cukai terbabit harus diketepikan hingga selepas “ancaman” kemelesetan yang dijangka berakhir.
“Ancaman kemelesetan global adalah nyata, seperti yang dapat dilihat daripada prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan ramalan Bank of England bahawa United Kingdom (UK) akan mengalami kemelesetan pada suku akhir tahun ini,”
“Ancaman kemelesetan ekonomi global adalah nyata seperti yang dapat dilihat daripada prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan ramalan Bank of England bahawa United Kingdom akan mengalami kemelesetan pada suku akhir 2022,” katanya dalam kenyataan.
“Rakyat Malaysia tidak memerlukan cukai baharu apabila isu ekonomi sedia ada mengakibatkan kos sara hidup yang tinggi, termasuklah harga makanan dan bahan yang melambung tinggi, kekurangan tenaga buruh yang teruk dan nilai ringgit yang menyusut dengan cepat masih belum dapat diselesaikan.”
Minggu lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan (Pindaan) 2022, yang bertujuan untuk mengenakan cukai jualan rata 10% ke atas barangan yang dibeli dalam talian dan dihantar ke Malaysia oleh vendor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Kadar rata itu akan dikenakan ke atas LVG yang dijual dalam talian berharga RM500 ke bawah dan akan berkuat kuasa mulai Januari depan.
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah berkata, kerajaan dijangka mengutip RM200 juta setahun daripada pelaksanaan cukai berkenaan.
Katanya, ia akan mewujudkan “padang yang sama rata”, antara penjual dalam talian di dalam dan luar Malaysia, sekali gus memperkasakan pasaran tempatan dan ahli perniagaan.
Lim mengakui, terdapat keperluan untuk mewujudkan “padang yang sama rata” tetapi berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya mengenepikan cukai jualan 10% untuk pembekal tempatan.
Beliau berkata, banyak pembelian LVG dalam talian dibuat oleh golongan berpendapatan rendah.
“Tambahan RM200 juta hasil untuk pembelian LVG dalam talian akan ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah,” katanya.
“Kerajaan sepatutnya mengurangkan beban cukai mereka dan bukannya meningkatkannya semasa kemelesetan dan harga yang melambung tinggi.”